Monday 11 June 2012

hey wanita di luar sana,jom baca!

wanita soleh itu aurat dijaga
pergaulan dipagari
sifat malu pengikat diri
seindah hiasan di dunia ini

keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah
tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin
dan bukan pula pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu
bukan dan tidak sama sekali
kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas dan perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat islam

nafsu mengatakan wanita cantik  dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
hati mengatakan kecantikan  wanita hanya pada akhlaknya
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai

wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana ada lagi manusia lebih berpengetahuan daripadamu
wahai wanita jangan berdukacita dengan kekuranganmu
kerana ada lagi insan yang lebih malang daripadamu

wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
bersyukurlah di atas apa yang ada
serta berusaha demi keluarga,bangsa dan agama

wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.

*amik dari  sini

No comments:

Post a Comment