Monday 11 June 2012

hey wanita di luar sana,jom baca!

wanita soleh itu aurat dijaga
pergaulan dipagari
sifat malu pengikat diri
seindah hiasan di dunia ini

keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah
tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin
dan bukan pula pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu
bukan dan tidak sama sekali
kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas dan perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat islam

nafsu mengatakan wanita cantik  dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
hati mengatakan kecantikan  wanita hanya pada akhlaknya
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai

wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana ada lagi manusia lebih berpengetahuan daripadamu
wahai wanita jangan berdukacita dengan kekuranganmu
kerana ada lagi insan yang lebih malang daripadamu

wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
bersyukurlah di atas apa yang ada
serta berusaha demi keluarga,bangsa dan agama

wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah.

*amik dari  sini

berbulatan dan berbujuran

ok.hari ni ialah post mengenai usrah n halaqah n whatever u call it.

halaqah.first time perkataan ni menjengah ke lubang telinga ialah mase di form four di sebuah sekolah di negeri P.tp mase tu halaqahnya ialah di surau..sementara tggu masuk waktu isyak,kami akan berbulatan,oh tidak.kdg2 jd berbujuran dan berpetakan kerana saiz badan yg berbeza,eheh.

seorang ajk dr bdn dkwh akan menyelinap masuk antara kami dan bermula la sesi soal siasat mengenai perkara yg dibangkitkan.mcm2 ada..dr sekecil2 hal hgga la sebig2 hal.yg pastinye soal ukhrawi.pelbagai soalan telah kami tujukan kpd ajk bdn dkwh ini,yela..time tu mmg jahil sguh2.tergagap2 jgk beliau nk menjawab.soalan kami kdg2 menguji tahap pemikiran dan luar bidang kuasa beliau.adeh.kesian pule kpd gadis itu.bertanyelah even kite nmpk bodoh or soalan tu cm soalan bodoh,asalkan kite puas and dpt jawapan yg dicari2 tu.peace.ilmu dtg bile dicari kan?

hmm.then setelah semua umat manusia dr sekolah itu bertebaran di seluruh muka bumi Allah ini,sy tetap di malaysia.oho.result bese2 saje tp ingin menjadi luar dari biasa.huhu.ayat cliche bebenor.

bermula la pengembaraan zaman pertengahan  remaja sy di sebuah institusi di bandar B.masuk sni,sy diperkenalkan dgn system usrah yg dikendalikan sepenuhnya oleh sbuah badan berkuasa besar yg bernama dot dot dot dot.dan alhamdulillah..usrah itu sy join hgga skrg

satu ketika,hoho.acara tarik menarik dan ikat mengikat hati telah dilakukan oleh seorang murabbi.maka ,skrg berdirinya dan berbulatan sudah dgn usrah yg dibawanya.kini kami da bertukar kpd halaqah.ikhwah dr mesir pelik apabila sy maklumkan bhw sy bermula dr usrah kemudian baru la naik ke anak tangga halaqah,kerana dia bermula dr halaqah kemudian berganjak ke usrah.tape la brader,asalkan kite di bawah panji dan syahadah yg same dan punye matlamat dan tujuan yg same.ahax.

bulatan gembira yg sy join skrg punye pelbagai bidang dan pelbagai ragam masing2.sy harap murrabi sendiri  tabah membela kami yg masih ade sisi kelam kelabu asap jahiliyah ini.karat2 dan daki2 jahiliyah yg berlumut juge agak tebal dlm hati ini.terutamanya diri ini..sy mengakui,diri sy ni byk kekurangannya,dalaman dan luaran.tp Allah itu MAha Adil,diciptakan kite dgn pelbagai kelebihan lain pule,btol bukan..?

bulatan gembira best sbb ade mabit,daurah dan jaulah.

bye.jupe lg esok hari dan hari2 seterusnya.

Sunday 10 June 2012

assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim....

yeah.ini merupakan pelancaran blog baru.sebenarnye hati masih ragu2 dan kepala masih garu2,mampu ke saya berblogging buat mase skrg.mane taknye.cabaran dari segi masa dan kesukaran pelajaran bakal diharungi.hmm..tp xmengape.sume itu boleh diatur jika kita pandai membahagikan masa.semangat!

baiklah.

tujuan blog ini diwujudkan kerana..haish.nk ckp pon segan.baiklah,kerana sy suke berkongsi mengenai perjalanan hidup,pengalaman peribadi dgn manusia2 disekeliling dan inshaallah akan diselitkan dgn sesuatu yg berunsurkan DnT.moge2 kite mendapat sesuatu yg bergune.wallahualam...

ape itu DnT?oh..buat mase skrg sy tidak akan mendedahkan lg maksudnye tetapi jika ade antara kalian yg mengerti maksudnye.fuh,itu sgtla bagus.jgn lupe kongsikan kpd insan2 yg anda sayangi.:)

ok then

di bawah ini ialah tujuh tangga penting dlm proses untk menjadikan misi DnT ini berjaya dgn penuh cool dan hebat?inshaallah..manusia hanya merancang,sebaik2 perancangan Dia yng punye.

  yep.harus diingat tujuh perkara ini.dakwah bermula dari dlm diri,kemudian akan terbias kpd baitul muslim apabila seseorang hamba Allah itu mendirika masjid,inshaallah,delegasi tarbiyah dari baitul muslim akan mewujudkan pula masyarakat muslim seterusnya mencapai tahap tertinggi iaitu ustaziyatul alam.inshaAllah,..same2 kite doakan islam akan berdiri tegak teguh lagi bergaya di muka bumi Allah ini.

ok.itu saje utk opening entry.

moge kite semua muhasabah diri dan berpesan2 ke arah kebenaran.